arttistic's Diaryland Diary

-----------------------------------------------------------------------------------------

pindah oh pindah

Rasanya ini kali keberapa juta kali aku bertekak dengan mak aku pasal nak pindah. Aku heranla.. kenapa la dia risau sangat aku nak pindah dari rumah tu. Bukan aku nak pindah jauh.. bukannya tak balik terus. Bukannya nak pindah afrika ke apa.

I have my own life. Maybe it's about insecurity. Dia rasa aku nak pindah macam satu beban kat dia. I just want to have the feel of living alone for a while. Jangan la risau mak oi.. anak mak ni bukannya nak pergi jauh.

Nak tak nak satu hari nanti dia mesti terima kenyataan yang aku ni bukan budak kecik lagi. I have been alone for all my life. Tak salah rasanya aku nak try sekali lagi.

Camana nak bagi hati mak aku ni lembut? Iskhh...tak pahamla. Tak nak bagi peluang langsung.

Apa nak buat ekk? Mahu nanti aku bungkus kain baju, telepon mak aku lepas tu cakap dah pindah. Macam Maria budak senget tu buat. Aku tak de la macam tu. Tak dapat restu mak keluar rumah susah. Tapi kalau pikirkan balik, ada baiknya. Aku ingat lagi dulu masa dia tak bagi aku bawak keta baru aku tu. Ada ke beli keta tak bagi bawak? So what I did.. one day I found guts to just drive to work. Tiba je office, dia called nak cakap apa ntah, I just blurted out yang aku dah bawak keta tu sebenarnya. Hehehe..jangan tak tahu.. kalau part buat bende yang mak aku tak suka tu.. boleh jadi champion anak dia sorang ni. Mula la masa tu dia menggelabah.. jangan bawak lebih dari gear 3 tau?! Aku nak gelak pun ade masa tu. Rasa bersalah pun ade. Tapi lepas tu ok. See... actually that's how to deal with my mommy dearest.

The thing is now.. bukannya nak menyusahkan dia. It's just that I need some space. I really do. She can't understand but I think she just refuse to understand. Aku rasa aku kena cakap dengan dia.. cuma the last resort kena buat macam Maria buat. Hope I wont.

9:10 p.m. - 2002-10-03

-----------------------------------------------------------------------------------------

previous - next

latest entry

about me

archives

notes

DiaryLand

contact

random entry

other diaries:

kieli
natinski
clov3ry
m-i-m-i
kaezrin
fengh
beq1855
bintangsepi
nectar3103
arien-star
suddenlyalan
darihati
myzephyr
bintangmalam
hamlet99
m00k3
mu5ings
trsk