arttistic's Diaryland Diary

-----------------------------------------------------------------------------------------

fara oh fara

Just got back from Prai.

Penatnyaaaaaaaaaaaaaaaa....

Feel like a walking zombie today. Keje tak siap. Badan penat. Otak aku penuh dengan sampah sarap. Macam tak sangka je aku dah balik sini.

Sad notice when Fara, my project secretary tendered her resignation. Uwwwaaaa!! Mana ade pompuan lagi nanti nak teman aku kat site. Ni nak nangis le ni. Fara dah dapat keje jadik secretary CEO Maybank Features. Farizuddin, project manager aku cakap.. "kalau you report kat CEO, at least you are something.. daripada you duduk kat Prai site taking care all these monkeys (the men, that is) baik you amik keje baru tu" Yeah.. I know that's the best for Fara. Hari tu masa aku duduk2 dengan dia berbual kat rumah sewa company kat Prai, dia kata dia sedih. Yela... kalau aku pun tension. Dah le tak de pompuan. Lepas tu tak de transport. Takkan nak rely kat jantan2 kat site tu je. Kalau aku datang Prai baru la dia ok sket. Tapi masalahnya aku datang sebulan sekali pun susah.

Fara ni, sebenarnya dia adik ipar CEO company aku. Akak dia, Vice President. Aku tahu dia tak nak berhenti, nak tunggu sampai projek siap and commission tapi aku tahu dia tak larat. Lagi satu dia hari2 gaduh dengan Azahar si bulu mata panjang tu. Dia dihantar khas oleh company aku jadik secretary projek ini untuk client2 aku kat Petronas. Masa sebelum dia datang Prai dulu, dia duduk kat KLCC nun report direct kat Mr.J. Masa tu dia ok. Tapi masa dah duduk Prai ni things started to go wrong. Kesian dia.. aku sendiri tak boleh nak simpati sebab masalah aku kat ofis pun tak selesai.

Aku tak boleh lupa dia kata hari tu yang mesti dia miss Mr. J nanti. See.. aku dah kata.. semua pompuan yang keje dengan Mr J tu mesti sedih nak tinggalkan dia. Orang tua tu memang boss yang baik. Fara walau camana takut dia dengan Mr J, dia still respect orang tua tu. Aku tengok muka Fara macam nak menangis tapi aku coolkan dia. Dia dah le dua tiga hari ni asyik meleleh je... walau pun keje kat company abang ipar sendiri, orang tak paham apa yang dia rasa. Dah la dia ni jenis ranggi and a bit sexy, asyik kena gossip dgn makcik2 Petronas tu dengan Mr. J. Tapi Fara, being as she is... buat muka seposen je sepanjang masa dan ketika. God for her.. gonna miss you damn lots Fara..

Aku bertolak ke Prai Isnin petang dalam pukul 6. Mencabar betul perjalanan kali ni. Seperti biasa, aku drive macam kene kejar hantu. Nasib baik tak kena speed trap. Yang teruknya sbb hujan masa tu, aku langgar water ponding kat tengah jalan. Masa tu baru je sampai kat Ipoh, keta aku dah nak berputar sebab licin. Nasib baik tak tekan brek kalau tak aku langgar lori kat belakang tu. Aku bersyukur aku hidup lagi hari ni. Fuhh..lega gila.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

I want to smile. :)

6:14 p.m. - 2003-02-20

-----------------------------------------------------------------------------------------

previous - next

latest entry

about me

archives

notes

DiaryLand

contact

random entry

other diaries:

kieli
natinski
clov3ry
m-i-m-i
kaezrin
fengh
beq1855
bintangsepi
nectar3103
arien-star
suddenlyalan
darihati
myzephyr
bintangmalam
hamlet99
m00k3
mu5ings
trsk